Sunday 25 March 2012

Nicol David

Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Seduniadua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleilymenyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.

No comments:

Post a Comment