Sunday 25 March 2012

Cara-cara membuat kek Batik...


Hari tu masa gi Seria 100yen jumpe pulak biskut Marie yang boleh makan, biskut marie ni dari Singapore, ape lagi terus lah ambik, memang dah terfikir dah nak buat kek batik, lama tak makan, ros buat pun sebenarnya takde sukat-sukat, main lebur je, bahan-bahan pun agak-agak, tapi kalau nak refer resepi kek batik sempoi ni boleh juga, same je cara macam ros buat hari tu : )
ros copy resepi ni dari blog kak Hana Kanazawa, resepi asal dari kak yatiezaini myresipi, terima kasih banyak-banyak buat kakak berdua kerana  share resepi yang simple ni.
Bahan-bahan ( ros buat separuh adunan je)

1.1 bungkus besar biskut marie perasa original - dipthkn 2 atau 3
2.1/2 tin besar susu pekat
3.180 gm butter ( ros letak 2 sudu besar marjerin)
4.100 gm coklat bar masakan ( ros tak letak)
5.1/2 cawan milo
6.1/3 cawan air panas  ( ros ganti dgn susu segar)

Cara-cara

1. Kesemua bahan 2 - 6 dimasukkn kedlm kuali - masak dgn api yg perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15min)
2. Masukkn biskut kedlm kuali gaulkan sehingga sekata.
3. Alihkn adunan kedlm loyang / bekas / tppware yg tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul2 padat.. ( gunakan plastik utk menekan adunan spya x lekat ditgn). Simpan didlm peti sejuk 1 - 2 jam.
4. Keluarkan dr loyang & potong.. SIAP ..dah boleh dimakan. Selamat Mencuba.
- siap dipotong dan sedia untuk dihidangakan-
- jangan lupa alas loyang dengan kertas minyak supaya mudah dikeluarkan nanti-

Nota: Kek ni kalau simpan di dalam peti ais lama-lama lagi sedap, biar cepat keras dan mudah dipotong nanti...

                                                        NUR ANISAH MOHD JAMIL

No comments:

Post a Comment