Tuesday 3 April 2012

Kepentingan Saliran

Terdapat beberapa kepentingan saliran di Malaysia iaitu:


  • Tapak Tamadun dan Pusat Perdagangan Awal
Di lembah dan muara sungai di negara kita.
Contoh: - kuala Sungai Muda di Kedah
- muara Sungai Melaka di Melaka
- lembah Sungai Kinta di Perak
  • Sempadan
Menjadi sempadan daerah, negeri atau antarabangsa.
Contoh: - Sungai Golok memisahkan Kelantan dengan Thailand (sempadan antarabangsa)
- Sungai Bernam memisahkan Selangor dengan Perak (sempadan negeri)
  • Hidroelektrik
Kuasa hidroelektrik dihasilkan daripada empangan yang dibina.
Contoh: - Empangan Chenderoh, Perak
- Empangan Kenyir, Terengganu
- Empangan Batang Ai, Sarawak
  • Sumber Pengairan
Membolehkan penanaman padi dua kali setahun
Contoh: - Projek Pengairan Muda di Sungai Muda (mengairi Dataran Kedah)
- Projek Pengairan Kemubu di Sungai Kelantan (mengairi Dataran Kelantan)
  • Pengangkutan
Terutama di kawasan pedalaman. Contoh: Sungai Rajang, Sarawak.
Turut digunakan untuk menghanyutkan kayu balak dari kawasan pembalakan ke kilang
papan dan pelabuhan.
  • Pelancongan dan Rekreasi
Air terjun di bahagian hulu sungai dijadikan pusat perkelahan.
Contoh: - Air Terjun Kota Tinggi, Johor
- Air Terjun Sekayu, Terengganu
  • Sumber Ikan Air Tawar
Kaya dengan hidupan air
Contoh: ikan tilapia, ikan jelawat dan udang galah.
  • Dataran Aluvium
Tanah yang subur
Contoh: - Sungai Kedah membentuk Dataran Kedah
- Sungai Kelantan membentuk Dataran Kelantan
- Sungai Rajang membentuk Delta Rajang