Sunday 1 April 2012


Aug 14, '08 8:06 AM
for everyone
BERANGKAT KE MASJID

1. Mulai dengan kaki kanan.
2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"ADAB MASUK KE MASJID

1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu"
2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih"
3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

ADAB DALAM MASJID 

1. Duduk menghadap Qiblat.
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
3. Sentiasa menyebut nama Allah.
4. Menghadirkan Ahhala dalam hati.
5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
6. Jauhi dari menghina Islam.
7. Bezikir dengan suara perlahan.

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

1. Berdiam diri.
2. Menjawab seruan Azan.
3. Berdoa setelah selesai Azan.
4. Ditambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5. Kerjakan solat sunat Rawatib.

ADAB KELUAR MASJID

1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2. Berniat untuk datang kembali.
3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

MASJID PALING MULIA DALAM ISLAM

Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sabda Rasullullah s.a.w : 

" Sebaik-baik kamu hendak musafir ialah ke masjidku ini ( Masjid Madinah ), Masjid Al-Haram ( Mekah ) dan masjid Al-Aqsa ( Baitul Maqdis ) "

                  Siti Nur Barohah
Adab Berjiran Dalam Islam



Sibuk mengejar kemewahan material membuatkan ada antara kita tidak sempat bertegur sapa dengan jiran walaupun di sebelah rumah sehingga perhubungan menjadi hambar. Kegagalan memahami konsep kejiranan menyebabkan berlaku perselisihan faham, bertekak dan bermasam muka, malah lebih serius hingga peringkat mencederakan dan membunuh jiran. Keadaan seperti itu pasti merosakkan perpaduan dan mem bangkitkan permusuhan di kalangan masyarakat sedangkan Islam adalah agama yang mendambakan perhubungan baik sesama manusia.
Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah satu daripada cara hidup yang dituntut Allah kerana amalan kejiranan yang sempurna memupuk semangat ke bersamaan, persefahaman dan keharmonian. Kemakmuran sesebuah negara juga bergantung kepada kemantapan dan keutuhan hubungan pada setiap lapisan masyarakatnya.
Malah, ciri masyarakat berkualiti dan masyarakat contoh juga tergambar melalui persefahaman dan hubungan yang erat. Justeru, Islam menekankan umatnya menjaga hubungan dalam kehidupan bermasyarakat dan ia tidak terbatas kepada sesama masyarakat Islam, malah melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa pertuturan.
Dalam kejiranan, umat Islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan kerana sifat sebegitu akan membentuk kehidupan aman dan harmoni, malah jika berdepan masalah, ia diselesaikan dengan baik.
“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)

                                                                                  Siti Nur Barohah

ADAB TERHADAP IBUBAPA

1. KONSEP KEIBUBAPAAN
a) Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak.
b) Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak-anak
dari kecil sehingga dewasa.

2. SEBAB-SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
a) Ibu yang mengandungkan kita.
b) Ibubapa yang mengasuh dan mendidik.
c) Ibubapa menyediakan segala keperluan.
d) Ibubapa yang paling hampir dengan kita.
e) Ibubapa tempat rujukan dan tempat bergantung.

3.KEPENTINGAN BERADAB DENGAN IBUBAPA
a) Dapat melaksanakan suruhan Allah S.W.T.
b) Wujud hubungan dan pergaulan yang baik.
c) Supaya anak-anak menghormati ibubapa.
d) Mewujudkan keluarga bahagia dan harmoni.
e) Melaksanakan tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa.

4.TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBUBAPA
a) Berdoa untuk kesejahteraan mereka.
b) Memohon keampunan untuk mereka.
c) Mentaati perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan syarak.
d) Merendah diri dan menghormati mereka.
e) Berbuat baik kepada sahabat handai mereka.

5.CARA BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

-Semasa mereka hidup
a)Menjaga dan memberi layanan yang baik
b)Merawat sebaik mungkin semasa mereka sakit
c)Sentiasa mendoakan mereka di dunia dan akhirat

-Setelah mereka meninggal dunia
a)Sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
b)Menyempurnakan janji yang telah dibuat oleh mereka.
c)Mengerjakan haji untuk ibubapa bagi yang belum menunaikan haji.


                                                                  Siti Nur Barohah
                                    PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA



Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan 
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk 
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun 
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. 

 - Muntah dengan sengaja 

 - Mengeluarkan air mani 

 - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari 

 - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita 

 - Menjadi gila 

 - Pitam sepanjang hari 

 - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari 

 - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam                                                                                                                  

                                                                                               Siti Nur Barohah

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
  • Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.
    2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
    3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya:
    a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.
    b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.
    c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.
    d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.
    e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.
    4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut:
    a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara.
    b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan.
    c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak.
    d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.
    e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.
    f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.
    5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
    6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
                                                                                       Siti Nur Barohah