Sunday 8 April 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad S.A.W


Nabi Muhammad S.A.W  adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di MakkahArab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun Nabi Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Dalam Islam, Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Beliau juga digelar Al Amin yang bermaksud 'yang terpuji


                                                 
                                                                                                         NUR AFIFAH BT. ABDUL AZIZ

Tandas awam cermin sifat masyarakat

 




PADA musim cuti sekolah yang lepas, kompleks beli-belah dan pasar raya hiper di ibu kota seperti biasa dibanjiri pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pada musim beginilah kebersihan tandas awam menjadi semakin 'tergugat' lantaran digunakan oleh ramai pengunjung. Malangnya, memang ada segelintir anggota masyarakat yang tidak prihatin terhadap kepentingan orang lain ketika dan selepas menggunakan tandas awam.
Lebih teruk sekiranya tempat-tempat tumpuan ramai itu tidak cukup atau tidak ada pekerja yang membersihkan kemudahan awam tersebut. Tanggungjawab memastikan tandas tersebut bersih seolah-olah menjadi cabaran besar. Rata-rata orang ramai mengatakan kebersihan tandas awam tidak mencapai tahap yang memuaskan terutamanya pada musim cuti dan perayaan. Kualiti kebersihannya jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan tandas yang disediakan di hotel mewah, hentian rehat lebuh raya dan juga beberapa gedung beli-belah yang berstatus tinggi.
Tidak beretika
"Segelintir anggota masyarakat kita bersalah kerana mereka tidak beretika ketika menggunakan tandas awam," kata aktivis sosial, Gurmukh Singh. Katanya, ada yang sengaja tidak mahu menggunakan pam tandas setelah menggunakannya dan ada pula yang mencangkung di atas mangkuk tandas. Itu akan mengotorkan mangkuk tandas dan adakalanya mangkuk tandas akan pecah. "Imej negara akan tercalar. Apa kata pelancong jika mereka terpaksa menggunakan tandas awam yang kotor?" kata beliau.
Tandas bersih
"Saya berpuas hati dengan tandas di sepanjang LebuhRaya Utara-Selatan di negara anda kerana ia bersih, tidak seperti yang terdapat di stesen-stesen minyak di kebanyakan tempat," kata seorang pelancong dari Kanada, Mike Brown. Kerajaan melancarkan Kempen Tandas Bersih pada tahun 1997 bagi menimbulkan kesedaran dalam masyarakat tentang perlunya tandas awam yang bersih. Menurut data yang dikeluarkan Pertubuhan Tandas Dunia (WTO), secara puratanya seorang individu menggunakan tandas sebanyak 2,500 kali setahun atau sama dengan enam hingga lapan kali satu hari. Ini bermakna secara purata, seseorang itu menggunakan tandas selama tiga tahun dalam hidupnya.
Menurut pertubuhan itu lagi, masalah kebersihan tandas merupakan isu di seluruh dunia disebabkan separuh daripada penduduk dunia tidak mempunyai sistem sanitasi yang baik. Ada juga tandas yang tidak mempunyai struktur reka bentuk yang sesuai. Menurut Gurmukh Singh, kebersihan tandas awam adalah penting kerana ia mencerminkan sifat dan perangai masyarakat di sesebuah negara. "Terima atau tidak, masyarakat Malaysia perlu sedar bahawa kebanyakan kualiti kebersihan tandas awam di negara ini adalah di bawah tahap yang sepatutnya.
"Kita perlu lihat negara lain contohnya Jepun yang telah menetapkan kebersihan sebagai satu keutamaan dan dengan mudahya masyarakat negara itu mengamalkan budaya kebersihan tandas," kata beliau. Beliau memberikan contoh rakyat negara Jepun yang mengamalkan kebersihan tandas sejak lama dahulu. "Bagi mereka, tidak kira berapa maju sesebuah negara atau betapa cantiknya bangunan atau premis, kalau tandas tetap kotor maka negara itu akan dianggap mundur. Begitulah sikap mereka terhadap kebersihan tandas," tambah beliau.
Penting bagi perniagaan
Bagi pemilik sebuah restoran di Kota Damansara dekat sini, yang mahu dikenali sebagai Mohan, kebersihan tandas penting bagi perniagaan beliau. Katanya kebersihan tandas membuatkan pelanggan selesa untuk singgah dan makan di restorannya. "Tetapi saya perlu menyediakan pekerja khas yang bekerja sepenuh masa untuk menjaga kebersihan tandas. Tanpa ada orang menjaganya, aspek kebnersihan akan terjejas selepas beberapa orang sahaja menggunakan tandas itu," kata Mohan.
Katanya walaupun seseorang itu biasa dengan kebersihan, mereka juga akan membiarkan tandas awam itu kotor kalau kemudahan itu didapati sudah kotor apabila mereka menggunakannya. Bagi Mohan, notis pesanan dan peringatan perlu diletakkan di tandas awam bagi mengingatkan pengguna supaya menjaga kebersihan kemudahan itu. "Saya juga meletakkan peringatan bahawa tandas tidak akan bersih dengan sendiri tanpa mereka yang menggunakannya mengambil inisiatif membersihkan kemudahan itu," tambahnya.
Menurut Mohan, tandas yang bersih di restoran atau kedai makan akan menarik lebih ramai pelanggan dan itu baik untuk perniagaan kerana pelanggan akan puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Bagi Ahmed Waheed dari Bangladesh, yang bertugas sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya hiper di Kota Damansara, dia berasa bangga kerana berjaya memastikan tandas awam di premis itu sentiasa bersih ketika beliau bertugas. "Saya cuci tandas ini bersih-bersih selepas digunakan orang lain," kata Ahmed yang ditemui semasa warga asing itu melakukan tugasannya. Gurmukh Singh mempunyai satu nasihat bagi pengguna tandas awam. "Gunalah tandas awam seperti anda guna tandas sendiri di rumah. Anda perlu ada etika ketika menggunakannya."
PENGURUSAN dan penggunaan tandas awam yang seteruk ini hanya akan memalitkan imej buruk terhadap identiti dan budaya orang tempatan.


                                                  NUR ANISAH MOHD JAMIL

KEGUNAAN TAWAS



Tawas adalah garam sulfat rangkap terhidrat dengan formula M+M3+ (SO4)2.12H2O. M+ merupakan kation univalen, umumnya Na+, Fe+, Cr+, Ti3+ atau Co3+, tawas biasa dikenal dalam kehidupan sehari-hari adalah amonium sulfat dodekahidrat. Tawas banyak digunakan oleh PDAM untuk memproses air sungai menjadi ari bersih (oleh karena itu disebut juga dengan nama populer Alum). Oh ya jangan tertukar dengan istilah Kaporit ya, yang digunakan untuk mematikan bakteri pada air. Jenis tawas lainnya adalah seperti Tawas Natrium untuk bahan pengembang roti, Tawas Kalium untuk pengolah limbah, Tawas Besi untuk penyamakan kulit dan bahan pewarna. 


Kembali kepada kebutuhan sehari-hari, Anda dapat menemui bongkahan tawas dicemplungkan ke sumur pompa untuk membuat air jadi jernih. Ibu kita yang gemar memasak juga kadang menggunakan Tawas pada air rebusan untuk membuat mie dan baso. dan juga untuk penghilang bau pada masakan rebung (kuncup bambu).
Tawas juga digunakan untuk bahan dasar deodorant atau juga dioleskan langsung pada ketiak untuk menghindari bau badan.


                                                                                    NURUL ATHIRAH BINTI KASSIM

IBADAT SEBAGAI PENYEMBUH HATI

Sepertimana yang kita ketahui bahawa setiap manusia yang beriman kepada Allah telah diwajibkan untuk beribadah kepada Allah S.W.T dari segi solat,zakat,puasa dan sebagainya. Bagi mereka yang beriman kepada Allah, mematuhi serta mentaati segala ajarannya adalah hiburan bagi hati dan kesenangan bagi mereka. Hanya mereka mematuhi serta mentaati, mereka akan beroleh kebahagiaan, kemenangan serta kesempurnaan hidup.

Ini turut ditegaskan didalam al-Quran didalam surah yunus ayat 57-58 yang bermaksud :
" Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada didalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman. Katakanlah, " dengan kurnia Allah rahmatnya, hendaklah kamu bergembira. kurnia Allah dan rahmatnya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan


Ayat tersebut memberitahu kepada kita bahawa kurniaan Allah sebenarnya adalah Al-Quran dan rahmatnya adalah manusia yang sebtiasa mentaati segala perintahnya. Perkara ini telah dinyatakan oleh Abu Said Al-Khudri didalam kalamnya yang berbunyi:

" Kurniaan Allah adalah lembaran al-quran dan rahmatnya pula adalah mereka yang mengikuti ajaran al-quran tersebut "

Begitu juga dengan dengan pendapat-pendapat yang telah diutarakan oleh Ibnu Abbas, Al-Hassan, dan Qatadah yang telah dinukilkan melalui kalam mereka yang berbunyi:

" Kurnianya Adalah Islam , sedangkan rahmatnya adalah Al-Quranul Karim "

Betapa besarnya nikmat yang Allah berikan melalui al-quranul karim kepada manusia. Nukilan ini ditulis bagi mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian mengenai kelebihan yang Allah berikan kepada kitab suci Allah yang Agung itu. 



                                                                                   Nurul Athirah Binti Kassim

DOA UNTUK MUDAH MENGHAFAL



Rabbi zidni 'ilman warzukni fahman

ya allah berikan daku ilmu dan kefahaman

faham ialah hidayahnya, dengan itu akan beroleh ingat

jadi mulakan dengan mengingati Allah, teruskan belajar memahami akannya

insha-allah

                                                     
                                                                              NURUL ATHIRAH BINTI KASSIM