Friday 13 April 2012

Rukun Islam & Rukun Iman


5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
 
                                                              Siti Nur Barohah

Haram Meraikan Hari Kekasih


HARAM menyambut hari kekasih/Valentines Day

        Hari Kekasih juga digelar sebagai: "Valentine 's Day" yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain.  Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka.  Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.
Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan pasangan Islam di negara ini, turut meraikan "Hari Valentine" ini. Mereka meraikannya kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui sejarahnya.
Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah "Hari Kekasih" atau "Hari Valentine" dalam Islam.  Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.  
Islam adalah Agama Fitrah yang praktikal, bukan menyekat kebebasan tanpa sebab dan bukan membiarkan umatnya bebas tanpa pedoman. Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna untuk umatnya. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya. Malah terlalu banyak ayat Al-Quran dan Hadith menyatakan hikmah berkasih sayang.
Firman Allah SWT  di dalam surah Al-Anfal ayat 63:
"Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara  (hati)  mereka.  Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana".
antaranya:
Pertama : Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang
mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada
sambutan ini dalam ajaran Islam.
Kedua : Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari
Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan,
mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambut

Ketiga : Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia
sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari
tertentu sahaja.
Keempat : Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk
tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam 
apa bentuk sekalipun
                                                                                                                       
Siti Nur Barohah