Sunday 17 June 2012

PENEBANGAN HUTAN

Hutan ialah tempat tinggal haiwan dan tumbuh-tumbuhan .Ia juga menjadi pembekal oksigen kepada manusia.
Sebab-sebab penebangan hutan adalah kerana untuk menjalankan pembinaan lebuhraya,pembangunan,dan petempatan .
Kesan penebangan hutan kepada bumi ialah hakisan tanah,kepupusan flora & fauna,lapisan ozon semakin nipis,sungai menjadi cetek,pencemaran udara .
Langkah mengatasi penebangan hutan dengan mengadakan kempen menanam pokok,menguatkuasakan undang-undang,mengurangkan penebangan hutan,mengikhtirafkan hutan simpan .
Hutan perlulah dipelihara agar penebangan hutan dapat diatasi .

Sunday 6 May 2012

YA RASULULLAH,YA HABUBULLAH

Ya Rasulullah
Ya Habibullah
Cinta hatiku

Ya Rasulullah
Ya Habibullah
Aku susuri sirah2 mu
Aku ratapi duka perjuangan mu
Apakah mampu aku menjadi umatmu yang Kau inginkan

Ya Rasulullah
Ya Habibullah
Apabila kaki ku menjejaki bumi Madinah
Titisan air mata ku berjujuran
Kerna apa aku menangis?
Kerna rindu ku, cinta ku pada mu
Terasa beratnya untuk berpisah

Ya Rasulullah
Ya Habibullah
Selawat dan Salam keatas mu
Wahai junjungan

Ya Rasulullah
Ya Habibullah
Pada Engkau lah aku mengharap
Mengharap syafaat mu
supaya tidak sengsara akhir nanti

Allahhumma Solli 'Alaa Muhammad
Ya Robbi Solli 'Alaihi Wassalam

sajak maulidur rasul(perjuanganmu)

12 RABIULAWWAL TAHUN GAJAH
HARI KELAHIRANMU TAK PERNAH KU LUPA
TANPA IBUMU SITI AMINAH
TANPA BAPAMU ABDULLAH
TIADALAH RASUL YANG DIGELAR
MUHAMMAD S.A.W

KUMENYANGJUNG NAMAMU
DAKWAHMU TERSEBAR SELURUH DUNIA
SETIANYA UMAT ISLAM TERHADAPMU
KERNAKAU MEMBANGKITKAN SEMANGAT
SEMANGAT JUANG ISLAM PALING TERULUNG

BERMULA DISAAT ITU
KAU RASUL PERTAMA YANG SEMPURNA
KECEKALAN HATIMU TERGOLONG DALAM ULUL AZMI
NAMAMU BERTERUSAN DISEBUT DI MUKA KITAB SUCI AL-QURAN

sajak untuk kawan(bulan dan bintang)

sahabat-sahabatku,
usah dipandang ke belakang
melihat senja yang sudah berlalu
tetapi lihatlah masa depan kita
yakni perjalanan yang panjang
tetapi sementara
sebelum sampai kepada kematian.

sahabat-sahabatku
bila tiba waktu pertemuan
usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan
bila tiba waktu perpisahan
usahlah tangisi kepergian rakan-rakanmu
seperti mana mereka menangisi kepergianmu
kerana sesungguhnya semua itu
ada hikmah yang Allah berikan.

sahabat-sahabatku,
jika ada kesalahan dan kesilapan
antara kita, marilah...marilah...
aku seru sahabat-sahabatku semua
agar kita bermaafan antara satu sama lain
supaya kelak tiada yang merana
supaya kelak tiada yang berduka
supaya kelak tiada yang berpura-pura.

sahabat-sahabatku,
sesungguhnya pertemuan kita
sudah ditentukan oleh Allah SWT
oleh itu marilah kita hargai pertemuan ini
dan sesungguhnya perpisahan kelak
juga adalah takdir Tuhan
yang harus kita terima
terimalah ia dengan penuh keredhaan.

sahabat-sahabatku,
terima kasih atas segalanya
semoga kita akan dipertemukan kembali
walaupun mungkin
pertemuan ini bukan di dunia
tetapi Insya Allah, berdoalah agar kita
dipertemukan di akhirat kelak.

kain buruk ayah

Kain buruk ayah kalau
tiada segala buat menjadi payah
jangan sekali-kali diserah
nanti hati ayah jadi parah
Ke danau buat basahan
kalau di kepala jadi lilitan
berteleku di surau menyembah Tuhan
dingin malam menyelimuti badan
Jangan diserah kain buruk ayah itu
biar rabak, putus benang beribu
biar renyuk, kedut berdebu
tiada sehari hati ayah jadi sebu
Kain buruk ayahku
kusam dan masam berbau
hari-hari dibasuh ibu
kasih mereka menjadi jitu
Kain buruk ayah kini tiada
sejak ayah emak pergi berdua
kurang sejengkal masih tinggal di beranda
kekal di situ menjadi tanda

sajak utuk ibu

Ibu
sembulan bulan sepuluh hari
kau mengandungkan ku
terpana segala kudratmu
mengendongku dalam keperitan
kesakitan yang amat
ibu
terima kasih atas segalanya
kerna membenarkan ku lahir ke dunia
yang pasti akan memenatkan mu
lagi menambah kesibukan mu
ibu
tiada apa yang mampu aku berikan
hanya sekeping hati yang tulus ku berikan
untuk menyayangi hati tua yang melahirkan ku
dengan penuh kasih sayang
ibu
ku harap dikau bahagia bersamaku
sehingga ke akhir hayatmu
dengan senyuman dan kasih sayangku
sebagai membalas segala jasamu
ibu
kaulah ratu hatiku
kaulah duniaku
kaulah jiwaku
kaulah syurgaku
ibu
terima kasih
ku ucapkan seadanya
dengan kucupan ku taburkan
tanda sayang ku kepadamu.

DOA PENDINDING DIRI


Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)

Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin. (Nanti saya usahakan kedua-duanya)
                                            NURUL ATHIRAH BT KASSIM